Monday 15 November 2010

PENGENALAN KOMPUTER

          APAKAH ITU KOMPUTER???

Komputer dikenali sebagai alat pengiraan. Tetapi komputer berbeza dengan alat lain kerana ia boleh diaturcarakan. Maksud aturcara ialah satu set arahan logik yang tersusun untuk mengarahkan komputer melaksanakan sasuatu tugas. Komputer juga dikenali sebagai satu alat eletronik yang mendapat menerima satu set aturcara yang dibina untuk melaksanakan sesuatu tugas. Ia dapat menerima dan menyimpan data dan memproses data yang disimpan mengkut arahan tertentu dan seterusnya menghasikan output kepada pengguna.

Komputer boleh di kelaskan seperti berikut;
  • mikrokomputer seperti laptop, notebook, desktop
  • minikomputer
  • kerangka utama
  • super komputer.
PERKAKASAN KOMPUTER

Komponen Asas Komputer terdiri daripada input,output, CPU, ingatan dalaman dan ingatan bantuan:
  • Input : digunakan untuk menghubung sistem komputer seperti memberi arahan , mendapatkan maklumat, memasukkan data


  • Output:  Menghasilkan maklumat dalam bentuk yang difahami oleh pengguna dan memaparkan maklumat seperti dalam bentuk skrin
  • Pemproses (CPU): Ialah litar eletronik yang menggunakan satu siri arahan untuk melaksanakan operasi aritematik, membuat keputusan, menghasilkan output dan menerima data.


  • Ingatan Utama; Tempat untuk menyimpan atur cara/data secara sementara (RAM)

  • Ingatan Bantu: Tempat untuk menyimpan atur cara/ data secara kekal(disket, cakra padat, dll).

Template by:
Free Blog Templates