RANGKAIAN KOMPUTER

SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER


JENIS SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER

Sistem rangkaian komputer terbahagi kepada beberapa jenis antaranya  rangkaian kawasan setempat (LAN), rangkaian kawasan metropolitan (MAN) dan Rangkaian kawsan luas (WAN).

Rangkaian Komputer Meluas(Wide Area Networks-WAN)



WAN mewakili rangkaian komputer yang jauh jarak dan lokasinya(biasanya melebihi satu kilometer). Ia digunakan untuk menghantar atau menerima data kepada komputer mini atau kerangka utama. Penggunaan program pemindahan fail atau File Transfer Protocol (FTP) memainkan peranaan yang penting.
            Beberapa media perhubungan digunakan seperti satelit, telefon dan gelombang mikro. Perhubungan ini menyediakan pelbagai kemudahan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia sebelum ini. Perhubungan secara WAN juga boleh menyediakan sumber-sumber melalui talian secara terus untuk membolehkan seseorang mendapatkan maklumat tersebut walau di mana juga sumber maklumat tersebut berada. WAN menggunakan wayar telefon khas, gentian optik, gelombang mikro atau satelit bagi tujuan komunikasi.

Rangkaian Komputer Metropolitan(Metropolitan Area Network-MAN)


Rangkaian komputer metropolitan (MAN) merangkumi kawasan yang besar, seperti sebuah bandar atau daerah. Rangkaian setempat (LAN) yang terdapat dalam suatu daerah boleh membentuk suatau rangkaian Metropolitan. Semua rangkainan setempat dapat berkomunikasi, berkongsi sumber dan bertukar fail. Sistem ini boleh dihubungkan melalui kabel telefon, kabel khas rangkaian atau tanpa kabel (menerusi gelombang atau satelit).

Rangkaian Komputer Setempat(Local Area Network-LAN)

Rangkaian komputer setempat atau LAN merupakan sekumpulan komputer (biasanya komputer mikro) yang berkongsi perkakasan, perisian atau data. LAN menghubungkan komputer yang berada berdekatan menggunakan talian komunikasi agar setiap komputer boleh berkongsi sumber dan media antara satu sama lain.  LAN merujuk kepda sistem rangkaian yang terbatas dalam suatu kawasan yang kecil. Kawasan tersebut terdapat rangkaian setempat yang melangkaui jarak lebih daripada 1 km.




Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus) :



             Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk.

Topologi Bintang atau spider :



                Topologi ini adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server).


Topologi Gelang Token (Token Ring) :



                Rangka reka bentuk jenis topologi ini seolah menyamai sebuah bebulat. Ini adalah kerana setiap nod serta komputer peribadi akan disambungkan pula kepada komputer peribadi serta nod seterusnya iaitu nod yang bersebelahan dengannya. Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.


                Topologi ini adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server).

           Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi. Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.

JENIS-JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN LOCAL AREA NETWORK (LAN)

Template by:
Free Blog Templates