SEJARAH KOMPUTER

SEJARAH EVOLUSI KOMPUTER

Komputer  merupakan komponen penting proses pengiraan dan simpanan data sejak ia mula dicipta. Komputer telah berkembang dari satu peralatan mekanikal berubah kepada menggunakan tiub vakum, kepada litar elektronik dalam tempoh masa yang singkat.

Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan  kepada  dua zaman iaitu:


   a) Sebelum tahun 1940
   b) Selepas tahun 1940


ZAMAN SEBELUM TAHUN 1940

Pada awalnya, Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas.   Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar.   Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.

Tahun 1617 :
John Napier  mengemukakan sifir  logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones).  Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor.  Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad.  Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Tahun 1642:
Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear  pada roda.  Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam  bidang matematik dan ilmu kebarangkalian.  Mesin kira Pascal  telah dimajukan oleh William Leibnitz.

Tahun 1816:
Charles Babbage membina 'the difference engine'.  Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit.  Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

Tahun 1887:
Herman Hollerith  mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data.  Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika  Syarikat.  Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa  jualan dan sistem akuan kereta

ZAMAN SELEPAS TAHUN 1940  

  
Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya.  Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.  Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi.  Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
                   
                   Generasi Pertama (1940 - 1959)
                   Generasi Kedua (1959 -1964)
                   Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
                   Generasi Keempat (awal 80)
                   Generasi Kelima (masa depan)

 Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
   Contoh :
• ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
• ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
• EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )
• IBM 700 ( 1953 )
• IBM 650 ( 1959 )


Generasi Kedua (1959 - 1964)
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.
   Contoh :
         a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain.
         b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.
9. Kelebihan transistor ialah saiznya yang kecil, penggunaan tenaga yang rendah dan kecekapan transistor yang lebih baik jika dibandingkan dengan tiub vakum.


Generasi Ketiga (1964 - 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000
7. Kelebihan Cip IC ialah kos yang rendah dalam pembuatan cip IC tersebut, penggunaan teraga yang rendah, kepadatan cip IC tersebut (mengurangkan masa pengaliran elektrik dalam cip tersebut) dan kecekapan cip IC jika dibandingkan dengan transistor.


Generasi Keempat (1971 -1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory
( CD ROM )).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
      a. IBM 370 ( 1970 )
      b. PDP-11 ( 1970 )
      c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975.     
          Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore   
          PET.
      d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland.
      e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.

 Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.
   Contoh :
      a. Pentium III
      b. Pentium III Xeon




Template by:
Free Blog Templates